mmmmm

Saturday, January 2, 2016

SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold

 (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir 

David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow

 Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:
a)    Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b)    Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962.Sebanyak 50

 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan.Selain itu, 2000 atau lebih

 memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada

 Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.
Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
a)    1/3 menyokong kuat Malaysia
b)    1/3 menyokong dengan syarat


c)    1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-

syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a)    Nama persekutuan baru – Malaysia.
b)    Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c)    Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d)    Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e)Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam
       perkhidmatan awam secepat mungkin.
f)Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, 

ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g)Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan
       menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN
       masing-masing membuat keputusan.
h)Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos
      1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa
       Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan 


Malaysia

No comments:

Post a Comment