IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA
- Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan YTM Tunku Abdul Rahman semasa Majlis Makan Tengahari di Hotel Adelphi, Singapura. Ucapan ini dibuat dihadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara.
- v Dalam ucapan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Borneo Utara (Sabah),
Sarawak dan Brunei.
- v Pertemuan dengan Lee Kuan Yew di Singapura diadakan pada bulan Januari 1961 dengan Senu Abdul Rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1960 dan dengan Perdana Menteri British, Harold Mac
Milan di London pada awal tahun 1961.
- v Sebenarnya idea penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah dibincangkan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Misalnya pada abad ke 19, pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Lord Brassey pernah mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan wilayah jajahan mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan.
- v Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik, Namun, dalam tempoh tersebut, cadangan ini tidak mendapat perhatian Kerajaan Perikatan di Tanah Melayu.
- v Penggabungan kecil yang hanya melibatkan Singapura dan Tanah Melayu tidak dapat diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu kerana fenomena ini akan melibatkan ancaman kepada pollitik Tanah Melayu. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majority Melayu yang wujud pada waktu itu.

No comments:
Post a Comment