JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia.Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak.Anggotanya terdiri daripada wakil British,
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Wakil Sabah telah mengemukakan
memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:
a) Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di
Sabah.
b) Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah;
Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c) Imigresen orang asing Sabah di
bawah kuasa negeri Sabah.
d) Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e) Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan
memorandum tetapi bersetuju dengan
memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
• 27 Februari 1963 JAK
mengeluarkan laporan
• 8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
• 8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
•13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.
Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia
1963. Kandungannya ialah:
a) Agama Islam –
agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b) Bahasa
Melayu – bahasa rasmi persekutuan.
c) Bahasa
Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari
Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
d) Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
e) Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga
Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
f) Perwakilan Parlimen – Sabah
16 kerusi, Sarawak
24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia
ditandatangani di
London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.


No comments:
Post a Comment