mmmmm

Saturday, January 2, 2016

LAMPIRAN











VIDEO




CREDIT BY YONGHUASIRITAPE

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia.Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak.Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:
a)    Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b)    Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c)    Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d)    Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e)    Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan

8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak

13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.






Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:
a) Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b) Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.
c) Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari
    Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
d) Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
e) Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga
    Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
f) Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.


Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold

 (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir 

David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow

 Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:
a)    Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b)    Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962.Sebanyak 50

 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan.Selain itu, 2000 atau lebih

 memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada

 Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.
Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
a)    1/3 menyokong kuat Malaysia
b)    1/3 menyokong dengan syarat


c)    1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-

syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a)    Nama persekutuan baru – Malaysia.
b)    Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c)    Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d)    Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e)Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam
       perkhidmatan awam secepat mungkin.
f)Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, 

ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g)Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan
       menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN
       masing-masing membuat keputusan.
h)Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos
      1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa
       Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan 


Malaysia

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA

JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961.Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota 

Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee 

Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak 

Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:
a)    Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b)    Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.

c)    Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.



JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan 

pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota 

Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan

 Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan.Sarawak 

mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31

 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada 

Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:

a)     Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b)Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c)     Islam agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d)     Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e)Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f)     Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g)    Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

SEBAB-SEBAB SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA

Perlembagaan
Isu ekonomi dan kewangan yang melibatkan penyelarasan perindustrian dan percukaian
Persaingan politik PAP dan MCA
PAP melanggar janjinya untuk hanya terlibat dalam kegiatan politik di Singapura dan

mereka berminat untuk menggantikan MCA  sebagai parti politik orang  cina . Tuanku 


menyifatkan PAP sebagai sebuah parti perkauman cina dan tidak di perlukan .
Masalah perkauman


Orang melayu singapura diabaikan dan berlaku rusuhan kaum di singapura  pada julai dan

September 1964 . Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh PAP 


      telah mengenepi 

institusi beraja dan mencabar kedudukan istimewa orang melayu

Filipina
Presiden macapagal mendakwa bahawa sabah adalah sebahagian daripada kesultanan

sulu yang menjadi milik Filipina


22 januari 1873 sultan jamal azam telah menandatangani perjanjian dengan Baron de Overbeck  dan Alfred Dent untuk menyerah Sabah


Sultan Sulu dan Filipina beberapa kali cuba untuk mendapatkan sabah kembali


Idea penubuhan Malaysia telah membangkitkan isu tersebutBeliau telah memutuskan 


hubungan diplomatik dengan Malaya


British menolak tuntutan Filipina 

Perbezaan Perikatan dan PAP :-
PAP mahu mewujudkan masyarakatbukan perkauman  secara serta mertamanakala 

Perikatan yang diketuai UMNO mahukan ianya ditangani secara beransur- ansur dan 


tidak mahu diadakan debatsecara terbuka bagi mengelakkan  berlakunya kekacauan 


akibat daripada isu-isu perkauman .
Akibat daripada ketegangan yang berlaku antara kerajaan Persekutuan dan 

Singapura

pada ogos 1965 secara rasmi Singapura keluar dari Malaysia .   





ANTARA SEBAB-SEBAB LAIN:


Sebab-sebab penyingkiran Singapura:

1. Masalah politik
  • Pada November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan PAP hanya terbatas di Singapura dan tidak bercadang ambil bahagian dalam pilihanraya Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun selepas penyatuan.
  • PAP memungkiri janjinya dan bergiat aktif di Tanah Melayu lalu bertanding dalam Pilihan Raya 1964.
  • Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatannya yang terlalu awal akan menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu dan hubungan antara UMNO dengan MCA.
  • PAP berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili kaum cina dalam kerajaan.

2. Isu perkauman
  • Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang selepas dua tahun Singapura dalam Malaysia akibat peristiwa yang berlaku di Singapura dan banyak perselisihan faham telah berlaku.
  • Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu merasakan diri diabaikan dan Singapura tidak ambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka dan timbul rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura.
  • Beberapa buah pertubuhan yang mewakilan orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk lapor hal itu.
  • Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.

3. Konsep "Malaysian Malaysia"
  • Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep "Malaysian Malaysia" tidak disenangi pemimpin UMNO.
  • Konsep ini menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
  • Pada Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan "a democratic Malaysian Malaysia" sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan.
  • Beliau ingin mewujudkan satu "persamaan hak bagi semua" melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

4. Masalah ekonomi
  • Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai.
  • Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan persekutuan.
  • Beban cukai Singapura paling ringan dan perbelanjaan pertahanan bertambah akibat konfrontasi dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semua agihan hasil itu yang menetapkan Singapura menyerahkan 60% dan bukan lagi 40% hasilnya menimbulkan kemarahan pemimpin Singapura.
  • Pada Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan pengusaha di Singapura untuk berunding dulu dengan kerajaan persekutuan tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang.
  • Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura mendapat liputan luas media.
  • Pasa bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur menjadi tegang dan membimbangkan Tunku Abdul Rahman.
  • Tunku Abdul Rahman memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan Dato' Dr Ismail Abdul Rahman.
  • Pada 9 Ogos 1965, Tunku buat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura daripada Malaysia.



REAKSI AWAL TERHADAP GAGASAN

Setelah Tuanku mengistiharkan keinginan untuk bergabung terdapat pelbagai reaksi daripada setiap negeri :-
SINGAPURA

Lee Kuan Yew menunjukkan minat yang ketara
PAP semakin terdesak apabila mereka kalah dalam pilihan raya kecil
BruneiKemuncak berlaku penentangan bersenjata tapi dipatahkan oleh Sultan

Brunei dengan bantuan British .
IndonesiaMalayaMasalah bruneiSabah dan SarawakSabah , parti UNKO (United  National Kadazan Organization ) yang diketuai oleh Donald Stephan . 


Terdapat tentangan apabila pengaruh parti serpihan People’s Action Party (PAP) seperti parti sosialis bernama United People’s Party (UPP) yang berhasrat memerdekakan Singapura mengikut ideologi mereka .


Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan penuh daripada rakyat .
Ingin memerdekakan mereka terlebih dahulu .
Sultan Omar Ali Saifuddin sangat berminat dengan idea penggabungan .
Parti rakyat Brunei pimpinan Ahmad M.Azahari menentang dengan membawa idea gabungan Borneo Utara British dan Sarawak denagan nama Kalimatan Utara .


Dr.subandrio memberikan sokongan kepada pembetukkan Malaysia
Presiden sukarno telah melancarkan dasar konfrontasi menentang Malaysia secara rasmi pada 20 januari 1963 dengan slogan “ganyang Malaysia ” Sukarno mendakwa penubuhan tersebut merupakan satu bentuk penjajahan baru dan memastikan penguasaan British ke atas getah , bijih timah , dan minyak
Menyerang sempadan johor , Sarawak dan sabah bagi tujuan perisikan dan pengintipan
30 September 1965 , tentera Indonesia Berjaya menumpaskan cubaan rampasan kuasa oleh PKI –konfrontasi semakin berkurangan
16 ogos 1966 hubungan diplomatik dipulihkan .  

Sebelum 1961 terdapat golongan UMNO yang menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana bimbang pengaruh Singapura 
Selepas kesedian Sarawak dan sabah kebimbangan mereka lesap .
PASmenetang atas alasan merugikan orang melayu dan mencadangkan konsep MAPHILINDO yang terdiri daripada Malaya , Filipina dan Indonesia
Britain
British bersetuju bagi menjaga kepentinagn pelaburan mereka .
Perdana Menteri Komanwel , Harold Mac Milan merasakan pengambungan dapat menjaminkan keselamatn dan kebaikan  Singapura

Pada awalnya menyokong tetapi akhirnya Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan hasratnya untuk menyertai Malaysia .
Antara tuntutan Brunei :
Tuntut 10 kerusi parlimen
Kuasai semua hasil minyak
Kekal semua pelaburan
Kadar cukai yang murah
Tuntutan paling utama soal kekuasaan baginda dan hasil minyak
Tentangan dari A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei (PRB) mencetuskan pemberontakkan bersenjata pada 8 disember 1962 menentang kemasukan Brunei dalam Malaysia 

Mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk atas alasan inginkan kemerdekaan daripada pihak Inggeris
Ancaman Komunis juga telah menguatkan lagi keinginan untuk bergabung
Parti Sarawak National Party (SNAP) menentang pembetukkan Malaysia yang diketuai oleh Stephan Kalong Ningkan di Sarawak .